O‍NOFILE

Cara Amankan Wordpress Dari serangan Hacker

KUNJUNGI WEBSITE BARU KAMI DENGAN KUALITAS YANG LEBIH BAIK DI SINI

Bagaimana Mengatasi Godaman Hacker?

Aku dah lama juga pakai WordPress untuk pelbagai tujuan – ada client website juga aku gunakan WordPress. Antara perkara asas yang dapat mengelakkan godaman ialah seperti berikut.
1. Gunakan ID selain dari admin, user dan elakkan dari menggunakan username yang terlalu biasa. Jangan biarkan ada user dengan nama admin atau user. Jangan lupa, gunakan katalaluan / password yang kukuh yang susah untuk diteka – gabungkan huruf besar, huruf kecil, angka dan simbol – buat katalaluan lebih dari 8 aksara. Contoh: S!ap@n1eh4

Username admin Diserang
Cipta katalaluan melalui Password Generator juga disarankan – pilih generator yang selamat, generator tersebut dilindungi SSL dan tidak merekod katalaluan yang dicipta. Contoh: https://identitysafe.norton.com/password-generator
2. Elakkan dari memaparkan username di blog – paparkan nama lain selain dari username.

Tukar Paparan Username kepada Nama
3. Jika laman tersebut tak perlukan pendaftaran – matikan kebolehan untuk mendaftar. Jika pendaftaran dibenarkan – sila setkan role / tanggunjawab pengguna.

Matikan Upaya Untuk Mendaftar
4. Elakkan dari menggunakan theme atau plugin dari sumber yang tidak dikatahui ataupun nulled script yang biasanya mengandungi lubang.

Theme dan Plugin Percuma di Internet (yang Meragukan)
5. Sentiasa kemaskini plugin, theme dan core installation.
Di atas aku senaraikan lima tindakan yang boleh dilakukan tanpa apa-apa plugin. Salah satu dari sebab godaman ialah mencuri guna WiFi atau mengguunakan WiFi di kawasan awam yang tidak dilindungi.

Gunakan Plugin Peningkatan Keselamatan

Plugin di bawah ini dapat membantu melakukan tweak untuk tujuan keselamatan – biasanya tweak ini dilakukan secara manual dan perlukan kemahiran.

Gunakan CDN

CDN yang dimaksudkan ialah CloudFlare – CloudFlare amat membantu dalam melindungi dari ancaman. Apa-apa sekalipun, CloudFlare perlu di konfigurasi dengan baik untuk mendapatkan hasil yang terbaik. https://www.cloudflare.com/
Tak cukup lagi? Buat bacaan dari laman Codex WordPress: http://codex.wordpress.org/Hardening_WordPress. Tapi ingat, sebelum melakukan pengubahan – silahkan BACKUP! atau jika risau feel free to hire me :)

Post : www.cyber-Ip.com